Tidak ada apa yang penting melainkan megembirakan hati seorang wanita bergelar ISTERI..
itulah yang lahir pada diri saya sebagai seorang lelaki setelah hampir setahun bergelar SUAMI...
di dalam blog kali ini sudilah kiranya saya berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan hidup berumahtangga yang dituntut dalam Islam...
Sebagai seorang lelaki, pernahkah ego anda tercabar? Apatah lagi orang yang mencabar itu adalah insan paling rapat dengan anda iaitu isteri.
Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar untuk mengenali isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai isteri dan teman sehidup semati dalam hidup insan bernama suami.
Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan sukar kalau anda tahu 'kuncinya'. Bahkan isteri bukan memerlukan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata.
Akan tetapi cukup sekadar biasa sahaja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam dan ikhlas oleh suami, pasti hatinya berasa gembira dan puas.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya pelajari dengan ustaz-ustaz dan apa saya baca dalam buku-buku sebagai panduan dan tips yang mampu menjadi amalan kita untuk isteri tercinta supaya keutuhan dan keikhlasan cinta terus bertahan lama. Jika kita mampu mendalaminya, pasti kita menjadi seorang lelaki yang paling disanjungi isteri.
ANTARA PANDUAN YANG BOLEH DI KONGSIKAN:
1. Telefon isteri dari tempat kerja atau pun di mana sahaja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan 'I love you' ataupun 'sayang awak dan rindu awak'. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari...lebih lagi elok laaa
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur...jangan laa jadi seorang suami dan lelaki yg malas..tak salah klu kita kemaskan..jangan nak senang jer
4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh...jangan ingat sesuatu perkara itu di pandang remeh tau..bertambahlah sayangnya.
5. Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan kalau boleh dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik. banyak dalil-dalil dalam al-quran.
7. Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dan sentiasa dihargai dalam setiap perkara.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.jangan laa selekeh ajer wahai kaum lelaki..kemas tau
9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.
10. Urut isteri dari semasa ke semasa.jangan nanti isteri suruh jer.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.
14. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
21. Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.
22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.
23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.
24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.
25. Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk.
Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan 'meletup' suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.

dah man aku xdop bini lagi, nak wat guane
ReplyDelete