Monday, 16 May 2011

Sejauh Manakah Pemantauan Terhadap Remaja Bermasalah?



Sebagai insan yang prihatin terhadap situasi masyakat disekeliling kita hari ini, hati ini merasa terpanggil untuk berkongsi keratan akhbar yang disiarkan didalam HARIAN METRO Ahad bertarikh 8 Mei 2011 lalu tentang penurunan statistik kes juvana yang dilaporkan dalam pelbagai jenis kesalahan. Statistik menurun tapi remaja bertindak lebih ganas. Apa bezanya?

Seperti yang kita semua maklum, masalah sosial dikalangan remaja kini terutamanya pelajar sekolah bukanlah satu fenomena baru yang melanda masyarakat malah ianya semakin hari semakin membimbangkan apabila mereka bukan sahaja terlibat didalam jenayah-jenayah kecil malah jenayah berat seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya yang dulu lazimnya dikaitkan dengan kumpulan orang dewasa.

Biarpun statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan penurunan kes juvana yang diterima iaitu 3484 kes pada tahun 2010 berbanding dengan 3862 tahun yang sebelumnya namun tindakan yang lebih berani remaja yang terbabit dalam kes jenayah sungguh membimbangkan kita semua. Mereka malah sanggup mencederakan mangsa tanpa memikirkan dan mempedulikan kesan perbuatan tersebut terhadap diri mereka sendiri mahupun orang lain. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti menggelengkan kepala tanda rasa ketidakpuasan hati.


JUMLAH KES JUVANA YANG DILAPORKAN
NEGERI20062007200820092010
JOHOR851972489617454
KEDAH899441526311460
KELANTAN247189197215229
MELAKA284293159196162
NEGERI SEMBILAN308197170181214
PAHANG25362423431368
PERAK396494381264325
PERLIS14015912515892
PULAU PINANG439434383334332
SABAH032621211346
SARAWAK228335882889
SELANGOR9111,114736562138
TERENGGANU509327218242411
W.P.KUALA LUMPUR7181,0991,421192158
W.P.LABUAN02134186
JUMLAH5,9556,7635,5623,8623,484

Antara faktor  utama yang dikenal pasti punca kes juvana adalah kurang didikan agama yang diterapkan dikalangan ibubapa. Kebanyakan daripada mereka memandang remeh dalam soal keagamaan malah cara kehidupan mewah yang diterapkan ibu bapa menggantikan 'asuhan dan bimbingan' dengan 'wang dan kebendaan'. Yang jelasnya inilah faktor pemusnah terbesar yang lebih membuatkan remaja hari ini besar kepala. Mereka sedar bahawa dengan wang mereka mampu membeli apa sahaja termasuklah hati-hati manusia. Faktor-faktor lain termasuklah kegagalan institusi kekeluargaan di mana tiada keharmonian, penceraian dan juga krisis kewangan, pengaruh persekitaran seperti pengaruh-pengaruh filem aksi tempatan dan luar negara yang tapisan tidak konsisten dan juga adrenalin remaja untuk melakukan sesuatu yang dianggap ekstrem bagi kepuasan diri mereka.

Seandainya  faktor-faktor yang menjadi punca kes juvana hanya disusuli dengan gelengan kepala, rungutan atau rintihan tanpa bertindak apa-apa ianya tidak akan mendatangkan sebarang penyelesaian malah apa yang terjadi hari ini adalah sebaliknya berlaku dan lebih buruk lagi. Contohnya, ketiadaan sistem sokongan dalam masyarakat dimana masyarakat tidak mempedulikan hal orang lain dan hanya memberi tumpuan dan mementingkan diri sendiri. Masyarakat seharusnya lebih peka dengan apa yang berlaku disekeliling mereka agar remaja-remaja terbabit lebih berhati-hati dan takut untuk bertindak. Kebanyakan masyarakat hanya menyerahkan tanggungjawab berkenaan pada sesuatu pihak sahaja seperti pihak berkuasa, waima kes juvana itu berlaku di depan mata mereka diri. Amatlah tidak wajar sama sekali..sama-samalah kita fikirkan bersama...jangan mudah menunding cari mencari kesalahan orang lain supaya kita sentiasa mendapat petunjuk dari yang maha pencipta...

Monday, 11 April 2011

Ciumlah Ayah Sebelum Yang Terakhir


Sekadar renungan untuk dikongsi bersama.........
Marilah sama-sama kita hayati dan mengambil iktibar dari kisah benar ini....belajarlah menghargai orang yang tersayang kerana mereka kita mengenal erti kehidupan...kerana mereka jualah kita menjadi manusia hari ini...moga-moga setiap daripada kita sentiasa dipayungi hidayah dan petunjuk dariNya...AMINNNN...





Berlinang Airmataku bila membaca tulisan Hamba Allah yang sentiasa ingin mendekati diri Kepada Allah
Ayah aku meninggal 5 Ogos 2002 pada jam 3. 25pm. Perkara yang aku tuliskan di sini adalah untuk mereka yang masih lagi mempunyai  orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan emak yang kesorangan. Anak-anak semua dah dewasa dan berkerja jauh. Hidup ini seolah tiada erti. Selama nie setiap suka duka pasti akan dimaklumkan pada emak dan abah. Kalau naik gaji atau dapat keputusan bagus pasti mereka mereka dimaklumkan sepaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah meninggal dalam pelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah di telinga kirinya dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.  Ini adalah kali pertama aku melihat saat kematian. Masih terbayang abah memandang jauh kehadapan dan matanya ke atas sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang, semoga roh abah ditempatkan  bersama golongan yang beriman.

Syukur solat jenazah abah lebih dari seratus orang. Syukur abah dikebumikan dengan selamat. Sejam sebelum kematian aku sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak emak berjalan-jalan.

Waktu tu abah dah sihat dan sudah ada selera makan. Selepas itu, abah suruh pergi buat kad pengenalan baru pada esok hari. Sebab abah dan emak baru sahaja buat kad pengenalan baru kelmarin. Abah kata hanya memakan masa sehari sahaja dan tidak perlu ambil gambar dekat kedai gambar kerana pejabat pendaftaran sudah mengunakan digital kamera.

Abah kata jangan pakai baju putih kerana nanti gambar tidak jelas. Tetapi tidak sangka keesokan harinya aku pergi ke sana bukannya untuk membuat kad pengenalan baru, sebaliknya untuk membuat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa kita tidak boleh menpercepat atau melengahkannya walaupun sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah di masa tu. Seakan tidak percaya abah hanya melihat ke atas dan menututup mata. Badannya tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma hendak baring sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali aku pergi ke rumah mayat jenazah, pertama kali naik van jenazah, pertama kali aku membuat sijil kematian, pertama kali tidak tidur dua hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar, semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga aku tidak akan berjumpa abah lagi.

Aku memandikan abah dan memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi, pipi kanan, pipi kiri, dan bangun. Namun, tiba-tiba hati aku ingin terus mencium abah lagi. Aku membongkokkan kaki dan mencium dahi abah semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah. Tetapi apabila sudah dewasa sudah lama aku tidak mencium pipinya.

Aku dan abang mengangkat jenazah abah dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu, penglihatannya kosong. Setelah 36 tahun hidup bersama abah kini tinggal seorang. Selaku seorang anak, aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam, sabar dan alim. Jemaah masjid, bendahari masjid dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang aku sayang abah cuma dengan abah aku hormat dan memendam kasihku. Lainnya pula dengan emak yang sentiasa berterus terang dan seringkali tidur di peha. Kelmarin, aku baca dairi abah. Tidak sangka abah pun tulis diari. Tiada perkara di dalam dairi itu melainkan perkara tentang anak-anaknya . Semuanya berkisar tentang anak-anaknya.

Aku sendiri tak ingat bila aku membeli kereta tetapi abah catat 18 February: Rizal beli kereta satria hijau 1.6. Abah catat setiap kali anaknya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL dan terdapat juga dalam catatan abah. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat Rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. Abah catat Kak Se keguguran. Abah catat Shaifol, abangku yang sulung ke KL. Menangis kami semua apabila membaca dairi abah.

Abah sayang anaknya tetapi tidak pernah tunjuk sebab abah lebih suka mendiamkan diri dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain, abah hanya banyak bercakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung abah baru-baru ni cakap;
"Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir yang aku bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dan lain-lain memang semua tersusun. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru.  catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur".  Abah gariskan perkataan ingat kubur dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.

Abah memang suka budak kecil. Pantang berjumpa anak kecil pasti di dukungnya, bawa berjalan-jalan. Cucu-cucunya setiap kali balik pasti hendak tidur bersamanya. Kini semuanya sudah tiada. Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana kehidupan ini untuk diteruskan tanpa abah. Aku baru bercadang hendak balik dan bertekad bonus tahun ini akan ku berikan abah dan emak masing-masing seribu ringgit. Tetapi Allah lebih menyayangginya. Abah meninggal 5hb tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk pada 10hb Ogos 2002.

Tidak sangka bonusku digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. Tok Imam ada memberitahu kepada kami;
"Kubur ayah dikorek selepas itu ditanam tetapi tanahnya masih penuh dekat tepi. Terlebih, tandanya seorang yang pemurah. Sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tidak cukup tanah."

"Abah kamu wajahnya senyum walaupun sudah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih. Tidak ada kotor, najis pun tidak ada"

Perkara itulah menyedapkan hati kami. Aku solat Jumaat minggu sudah di Masjid. Aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.
"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu."

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun. Ya Allah, sesungguhnya kehilangan ini memberi hidayah kepada aku. Talkin buat abah masih segar.
"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

Kita yang hidup akan pergi juga. Lelaki berat tanggungjawabnya. Suami menanggung dosa isteri dan anak-anak. InsyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma, aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah. Emak juga seorang yang solehah. Aku yakin Allah Maha Pengampun dan Maha Bijaksana dalam menentukan Al-Mizan.

Dahulu emak dan abah setiap waktu ke Masjid. Di rumah mereka sentiasa berdua. Tetapi sekarang ini, emak kata emak takut hendak ke masjid seorang diri. Takut hati tidak tenang teringatkan abah. Inilah perasaan aku sekarang.

Buat kalian yang masih ada emak dan ayah jadikan ini iktibar. Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan kasih sayang anda.

MENAWAN HATI ISTERI TERSAYANG..

Tidak ada apa yang penting melainkan megembirakan hati seorang wanita bergelar ISTERI..
itulah yang lahir pada diri saya sebagai seorang lelaki setelah hampir setahun bergelar SUAMI...
di dalam blog kali ini sudilah kiranya saya berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan hidup berumahtangga yang dituntut dalam Islam...


Sebagai seorang lelaki, pernahkah ego anda tercabar? Apatah lagi orang yang mencabar itu adalah insan paling rapat dengan anda iaitu isteri.

Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar untuk mengenali isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai isteri dan teman sehidup semati dalam hidup insan bernama suami.




Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan sukar kalau anda tahu 'kuncinya'. Bahkan isteri bukan memerlukan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata.

Akan tetapi cukup sekadar biasa sahaja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam dan ikhlas oleh suami, pasti hatinya berasa gembira dan puas.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya pelajari dengan ustaz-ustaz dan apa saya baca dalam buku-buku sebagai panduan dan tips yang mampu menjadi amalan kita untuk isteri tercinta supaya keutuhan dan keikhlasan cinta terus bertahan lama. Jika kita mampu mendalaminya, pasti kita menjadi seorang lelaki yang paling disanjungi isteri.


ANTARA PANDUAN YANG BOLEH DI KONGSIKAN:

1. Telefon isteri dari tempat kerja atau pun di mana sahaja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan 'I love you' ataupun 'sayang awak dan rindu awak'. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari...lebih lagi elok laaa

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur...jangan laa jadi seorang suami dan lelaki yg malas..tak salah klu kita kemaskan..jangan nak senang jer

4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh...jangan ingat sesuatu perkara itu di pandang remeh tau..bertambahlah sayangnya.

5. Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan  kalau boleh dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik. banyak dalil-dalil dalam al-quran.

7. Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dan sentiasa dihargai dalam setiap perkara.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.jangan laa selekeh ajer wahai kaum lelaki..kemas tau

9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.

10. Urut isteri dari semasa ke semasa.jangan nanti isteri suruh jer.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.

14. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.

23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.

24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.

25. Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk.

Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan 'meletup' suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.