Monday, 16 May 2011

Sejauh Manakah Pemantauan Terhadap Remaja Bermasalah?



Sebagai insan yang prihatin terhadap situasi masyakat disekeliling kita hari ini, hati ini merasa terpanggil untuk berkongsi keratan akhbar yang disiarkan didalam HARIAN METRO Ahad bertarikh 8 Mei 2011 lalu tentang penurunan statistik kes juvana yang dilaporkan dalam pelbagai jenis kesalahan. Statistik menurun tapi remaja bertindak lebih ganas. Apa bezanya?

Seperti yang kita semua maklum, masalah sosial dikalangan remaja kini terutamanya pelajar sekolah bukanlah satu fenomena baru yang melanda masyarakat malah ianya semakin hari semakin membimbangkan apabila mereka bukan sahaja terlibat didalam jenayah-jenayah kecil malah jenayah berat seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya yang dulu lazimnya dikaitkan dengan kumpulan orang dewasa.

Biarpun statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan penurunan kes juvana yang diterima iaitu 3484 kes pada tahun 2010 berbanding dengan 3862 tahun yang sebelumnya namun tindakan yang lebih berani remaja yang terbabit dalam kes jenayah sungguh membimbangkan kita semua. Mereka malah sanggup mencederakan mangsa tanpa memikirkan dan mempedulikan kesan perbuatan tersebut terhadap diri mereka sendiri mahupun orang lain. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti menggelengkan kepala tanda rasa ketidakpuasan hati.


JUMLAH KES JUVANA YANG DILAPORKAN
NEGERI20062007200820092010
JOHOR851972489617454
KEDAH899441526311460
KELANTAN247189197215229
MELAKA284293159196162
NEGERI SEMBILAN308197170181214
PAHANG25362423431368
PERAK396494381264325
PERLIS14015912515892
PULAU PINANG439434383334332
SABAH032621211346
SARAWAK228335882889
SELANGOR9111,114736562138
TERENGGANU509327218242411
W.P.KUALA LUMPUR7181,0991,421192158
W.P.LABUAN02134186
JUMLAH5,9556,7635,5623,8623,484

Antara faktor  utama yang dikenal pasti punca kes juvana adalah kurang didikan agama yang diterapkan dikalangan ibubapa. Kebanyakan daripada mereka memandang remeh dalam soal keagamaan malah cara kehidupan mewah yang diterapkan ibu bapa menggantikan 'asuhan dan bimbingan' dengan 'wang dan kebendaan'. Yang jelasnya inilah faktor pemusnah terbesar yang lebih membuatkan remaja hari ini besar kepala. Mereka sedar bahawa dengan wang mereka mampu membeli apa sahaja termasuklah hati-hati manusia. Faktor-faktor lain termasuklah kegagalan institusi kekeluargaan di mana tiada keharmonian, penceraian dan juga krisis kewangan, pengaruh persekitaran seperti pengaruh-pengaruh filem aksi tempatan dan luar negara yang tapisan tidak konsisten dan juga adrenalin remaja untuk melakukan sesuatu yang dianggap ekstrem bagi kepuasan diri mereka.

Seandainya  faktor-faktor yang menjadi punca kes juvana hanya disusuli dengan gelengan kepala, rungutan atau rintihan tanpa bertindak apa-apa ianya tidak akan mendatangkan sebarang penyelesaian malah apa yang terjadi hari ini adalah sebaliknya berlaku dan lebih buruk lagi. Contohnya, ketiadaan sistem sokongan dalam masyarakat dimana masyarakat tidak mempedulikan hal orang lain dan hanya memberi tumpuan dan mementingkan diri sendiri. Masyarakat seharusnya lebih peka dengan apa yang berlaku disekeliling mereka agar remaja-remaja terbabit lebih berhati-hati dan takut untuk bertindak. Kebanyakan masyarakat hanya menyerahkan tanggungjawab berkenaan pada sesuatu pihak sahaja seperti pihak berkuasa, waima kes juvana itu berlaku di depan mata mereka diri. Amatlah tidak wajar sama sekali..sama-samalah kita fikirkan bersama...jangan mudah menunding cari mencari kesalahan orang lain supaya kita sentiasa mendapat petunjuk dari yang maha pencipta...